Sunday, February 26, 2012

KELEBIHAN BEKERJA DI SEKTOR AWAM

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Klik disini untuk Lawati laman web tersebut sekarang.

Friday, February 17, 2012

STARATEGI BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA

Apabila anda menghadiri satu sesi temuduga, anda tidak boleh lari daripada menjawab soalan-soalan yang telah ditetapkan oleh penemuduga. Ini adalah perkara biasa apabila mengahdiri temuduga. Anda juga boleh bayangkan stimulasi ini dengan cara "Bagaimana cara nak minum air" atau "Bagaimana nak bernafas". Apa yang saya ingin maksudkan disini adalah, kita senantiasa menjawab soalan disepanjang hidup kita. Betul tak? 
Terdapat perbezaan besar diantara jawapan yang baik dengan jawapan sahaja. Perkara ini yang akan mempengaruhi anda untuk diambil bekerja serta merta atau sebaliknya. Selain itu terdapat juga perbezaan diantara orang ingin temuduga dengan orang yang ingin "menang" dalam temuduga. Orang yang ingin menang dalam temuduga mempunyai strategi yang telah dirancang dengan lebih teliti dan bersedia. Berikut adalah beberapa strategi yang anda boleh gunapakai semasa anda ditemuduga.

DENGAR DENGAN BAIK SETIAP SOALAN YANG DITANYA
Perhatikan Bahasa badan (Body Language) penemuduga dan riak mukanya terutama sekali bahagian mata si penemuduga. Patutkah anda menyuruh penemuduga mengulang kembali soalan yang ditanya kepada anda? Jangan! Jangan melakukan perkara ini untuk setiap soalan yang ditanya. Kamu harus tahu apa sebenarnya yang ingin mereka ketahui daripada anda.Sebab itu anda harus memasang telinga anda dan kosentrasi terhadap apa soalan yang mereka tanya. Mengulang soalan adalah satu kelemahan anda bagi mereka.

BERFIKIR SEJENAK UNTUK MENJAWAB SOALAN YANG DITANYA
Kamu bukannya mesin air contohnya yang boleh menghasilkan sesuatu apabila ditekan suisnya. Jika anda menjawab soalan dengan segera, mereka akan fikir anda tidak menjawab soalan dengan baik. Terlalu gopoh tanpa memikirkan jawapan yang terbaik. Anda seharusnya berfikir sejenak dan faham akan kehendak soalan yang ditanya seperti yang anda telah rancangkan kemudian jawap dengan penuh keyakinan.

JANGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN-PERKATAAN YANG NEGATIF
Apabila anda bercakap mengeluarkan perkataan negatif, meraka akan menilai anda adalah seorang yang berfikiran negatif. Begitu juga sebaliknya jika anda bercakap positif semestinya mereka akan berfikir anda seorang yang berfikiran positif. Jadi sentiasa bercakap tentang perkara yang positif. Contohnya negatif: bos lama saya dulu sangat tegas sebab itulah saya berhenti kerja dan mencuba ditempat ini sekarang. Contoh positif: Saya berhenti kerja ditempat lama kerana bakat dan kebolehan saya tidak sesuai ditempat tersebut, dan sebab itulah saya menghadiri temuduga ini kerana saya mempunyai bakat seperti mana yang syarikat mahukan.

SENTIASA MEMBERITAHU PERKARA YANG SEBENAR
Ya memang perkara sebeginilah yang kita patut buat walaupun pahit kerana kebenaran sentiasa menjadi jawapan terbaik kepada soalan yang anda jawab. Penemuduga yang intelligent akan tahu sekiranya anda bercakap benar atau tidak. Mereka akan lihat riak muka anda serta bahasa badan anda. Oleh yang sedemikian sentiasa bercakap benar dalam menjawab soalan yang diajukan oleh penemuduga.

JANGAN BANYAK MENGGUNAKAN PERKATAAN EMM..DAN SEWAKTU DENGANYA
Jangan banyak menggunakan perkataan emm.. ketika anda menjawab soalan. Perkara ini yang selalu berlaku ketika individu yang ditemuduga sedang menjawab soalan contohya "Bagi tahu saya tentang diri kamu"...emm Nama saya....ok...emmm saya berasal....emm..Kalau boleh anda hindari daripada menggunakan perkataan ini. Ianya seolah-olah memberi gambaran anda masih kabur atau gentar ketika ditanyakan soalan.

Diharap perkara-perkara diatas dapat membantu anda dalam mengharungi temuduga anda nanti.

Sunday, February 12, 2012

PUNCA PENGANGGURAN TERBONGKAR!!!

Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti yang menjadi punca pengangguran sama ada yang memiliki sijil, diploma atau ijazah. Bukan dinegara kita sahaja, bahkan dinegara-negara maju seperti US, jepun, Britain dan sebagainya juga mempunyai penggangur. Ada sumber mengatakan di Negara barat penganggur pun diberi elaun. Berapa tu saya tak tahu lah :).. Ok moment of truth, antara punca yang menyebabkan pengangguran adalah seperti berikut:

1) MEMILIH KERJA
Ini adalah punca utama pengganguran walaupun sudah lama menamatkan pengajian. Antara persoalan yang sering timbul adalah Gaji ciput, kerja banyak, Tidak sesuai, Jauh dari rumah dan sebagainya. Anda boleh memikirkan perkara tersebut selepas anda mencuba. Jika anda ingin menjadi bos kena jadi kuli dahulu. Akan tetapi ada juga yang bergaji besar tidak senang dengan kerja mereka disebabkan keja banyak, jauh dan sebagainya. Ada juga yang mengimpikan kerja disektor kolar biru. Usah terlalu terikat kepada kerja atau jawatan impian anda, carilah sebanyak mungkin pengalaman kerja dahulu. Mana tahu ia bakal membantu anda ke jawatan impian anda.

2) TIDAK BERSEDIA
Berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT)awam atau swasta merupakan saat terindah dalam kehidupan. Bagi sesetengah mahasiswa dan mahasiswi pastinya dibuai keindahan yang akan melalaikan diri ia adalah sementara, sehingga melupakan matlamat utama sebagai persediaan menempuh hidup realiti dipangkuan masyarakat. Kelekaan untuk menyesuaikan diri menyebabkan kita gagal menghadapi alam pekerjaan sama ada secara fizikal atau metaliti. Justeru gunalah kesempatan berada di IPT untuk mempersiapkan diri bagi menempuh alam kejaya.

3) BERCITA-CITA BERGAJI BESAR
Tipulah kalau saya tak bercita-cita bergaji besar, hidup yang selesa dan duit yang banyak. Akan tetapi ianya harus bermula dari bawah. Nak bermula perlulah ada usaha dan komited terhadap kerja. Bila dah berusaha nescaya anda akan dapat merancang hidup dan pendapatan anda jika kena dengan caranya. Kalau nak bergaji besar langkahnya adalah berkerja sendiri. Tetapi risikonya anda tanggung sendiri. Jadi jangan lah terlau memikirkan gaji yang besar kalau usaha anda hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

4) TIADA KEYAKINAN DIRI
Perkara biasa yang dihadapi setiap orang terutamanya jika kurang pengalaman. Ada perlulah mempunyai softskill yang tinggi dan Public Relation (PR) yang bagus. Ini dapat meningkatkan peluang anda untuk diterima berkerja. Anda perlulah besikap lebih Proaktif, dinamik dan juga ilmu pengetahuan yang luas.

5) TERIKAT DENGAN KELULUSAN
Anda berjaya kemara gading dan menamatkan kursus dengan begitu baik yang mana segelintir kursus yang tak pernah anda belajar semasa dibangku sekolah. Anda harus ingat, jika selama tempoh belajar di IPT anda berjaya lulus dengan cemerlang, ini bermakna ada mampu melaksanakan apa jua tugas yang diberi.

Jadi inilah punca kenapa masih ramai lagi yang menggangur sehingga sekarang. Jika anda dapat mengatasi masalah diatas, saya pasti anda bukan dalam golongan Penganggur. 

#7 DILEMA PELAJAR & GRADUAN GAGAL CARI KERJA

Sejak di universiti lagi kita sudah mula memikirkan tentang pekerjaan yang ingin kita ceburi. Kadang-kadang kos yang kita ambil diuniversiti tidak ada kena mengena dengan pekerjaan yang bakal kita pilih nanti. Sangat sangat merugikan betul tak. Namun begitu tidak ramai yang mengalami situasi sedemikian. Ramai yang dah graduet mendapat pekerjaan yang sama seperti kos yang kita pelajari diuniversiti dahulu. Namun bukan itu yang saya ingin ceritakan disini. Apa yang saya ingin dedahkan disini adalah Dilema yang sering menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat belajar diuniversiti. Antaranya adalah seperti berikut:

DILEMA NO #1
(KEPUTUSAN YANG BAIK DENGAN POINTER 3.5 KEATAS LEBIH CEPAT DAPAT KERJA)
Hah...pernahkah anda dengar perkara ini? Saya pasti semua pernah dengar kan. Keputusan yang baik bukanlah tiket bagi menjamin anda untuk mendapat pekerjaan. Perkara yang paling penting yang menentukan anda mendapat tawaran pekerjaan adalah SIKAP dan KUALITI yang ada pada diri anda sendiri jika dibandingkan dengan keputusan tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kamu mempunyai kriteria-kriteria yang telah ditentukan untuk memenuhi jawatan tersebut. Biasanya penemu duga hanya akan mempertimbangkan keputusan kamu apabila terjadinya situasi dimana mereka mempunyai beberapa calon yang mempunyai kualiti yang sama baiknya. Dengan itu barulah faktor keputusan yang baik tersebut akan memberi faedah kepada kamu.

DILEMA NO#2
(LEBIH KERAP TEMUDUGA LEBIH BESAR PELUANG UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN)
Mungkin ada sesetengah kerja yang berbuat demikian dimana mereka hanya memilih berdasarkan faktor-faktor fizikal, keupayaan dan sebagainya. Akan tetapi tidak semestinya ada perlu berbuat sedemikian. Terdapat keadaan dimana seseorang itu telah menghadiri lebih daripada sepuluh temuduga dalam masa seminggu, namun tiada satu pun yang berjaya. Ia tiada kena mengena dengan calon tersebut memohon jawatan yang tidak layak baginya kerana jika tidak layak sudah tentu dia langsung tidak akan dipanggil temuduga. Tetapi berbalik kepada bagaimana calon tersebut menangani situasi semasa didalam temuduga. Sekiranya personaliti semasa temuduga tidak cukup bagus untuk menarik penemu duga, sebanyak mana temuduga pun yang dihadiri tidak akan membawa apa-apa makna.

DILEMA NO#3
(SUDAH ADA PEKERJAAN MENUNGGU SETELAH TAMAT PENGAJIAN)
Ada kebenaranya. sememangnya banyak pekerjaan diluar sana dan ada antaranya yang sesuai dengan anda. Tetapi pekerjaan tersebut tidak akan jatuh ke riba tanpa usaha. Bukan anda sahaja yang memiliki kelayakan. Seperti yang dinyatakan tadi, puluhan ribu turut mencari pekerjaan mencari pekerjaan. Pesaingan semakin sengit kerana makin ramai bergelar graduan tahun demi tahun.

DILEMA NO#4
(LEBIH BANYAK RESUME DIHANTAR LEBIH BESAR PELUANG UNTUK DIPANGGIL TEMUDUGA)
Tanggapan seperti ini adalah SALAH. Ia bergantung kepada kualiti resume itu sendiri. Kamu boleh menghantar beratus-ratus resume tetapi belum juga mendapat jawapan. Tetapi rakan anda hanya menghantar beberapa permohonan terus dipanggil temuduga. Hanya resume yang sesuai dengan jawatan dipohon dan disusun dengan rapi akan mendapat perhatian.

DILEMA NO#5
(MEMUTARBELITKAN FAKTA SEMASA INTERVIEW)
Kamu sedang mengambil risiko yang sangat tinggi. Sekiranya PENIPUAN  kamu diketahui, kamu tidak akan dipercayai lagi walaupun sekecil manapun penipuan anda.

DILEMA NO#6
(BERPURA-PURA MEMENUHI KRITERIA KERJA YANG DITEMUDUGA)
Ini bukanlah idea yang bagus. Sama seperti seperti yang nyatakan sebelum ini dimana anda menipu atau memutarbelitkan fakta dengan berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri kamu. Apa akan terjadi sekiranya kamu ditawarkan pekerjaan dan anda tidak mempamerkan kualiti yang sama dengan anda nyatakan semasa temuduga? Akibatnya anda mungin tidak akan lulus tempoh percubaan. Anda perlu bermula semula dan merosakan rekod pekerjaan kamu dengan tidak lulus tempoh percubaan.

DILEMA NO#7
(LOKASI TEMPAT KERJA)
Isu ini tidak asing lagi dikalangan graduan. Ada yang perlu menurut kehendak orang tua untuk pulang bekerja di negeri asal, ada yang bercita-cita untuk bekerja diluar negara dan ada juga yang terbuka untuk bekerja dimana-mana sahaja. Walaupun apa jua keputusan yang dibuat, nilai sepenuhnya dari segala aspek. Tepuk dada tanya selera sendiri dan mampukah kamu mencapainya.

Ada banyak lagi dilema yang dialami oleh graduan atau pencari kerja yang sering menghantui minda mereka. Diharap anda tidak terlau memikirkan dilema seperti yang saya nyatakan diatas. Ada banyak lagi dilema yang dialami oleh mereka ini yang saya tidak dapat nyatakan disini. Mungkin post yang lain saya akan senaraikan. Terima kasih kerana sudi membaca post saya ini:)...